Berdasarkan pandangan serta kajian, didapati bahawa model lif yang berada di pasaran kosnya menjangkau harga dari RM10 000 sehingga RM40 000. Ini membebankan pihak institusi dan juga sekolah untuk membelinya dengan kos yang tinggi untuk dijadikan alat bantu mengajar. Kedua, dengan adanya alat bantu mengajar model lif yang dihasilkan akan dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam pada para pelajar dalam topik Programmable Logic Control (PLC) khususnya dan dalam subjek Robotik dan Automasi.
Tujuan projek ini dibangunkan adalah pertama menyiapkan tugasan merekabentuk kerangka model lif dalam bentuk 2D dan juga 3D dan produk sebenar. Kedua menghasilkan model lif dengan harga yang rendah berbanding yang telah ada di pasaran. Ketiga memudahkan pelajar kursus robotik mempelajari Programmable Logic Control (PLC) dengan adanya alat bantu mengajar dan juga kepada sekolah dengan subjek baru yang diperkenalkan berkaitan robotik. Keempat menghasilkan satu programmable lif yang baru iaitu mengikut keutamaan. Contohnya, jika kita berada di tingkat satu, kita menekan suis tingkat 3 dan orang lain menekan suis tingkat 2, lif akan bergerak ke tingkat 3 dahulu. Ini dinamakan keutamaan jika dibandingkan dengan lif yang telah ada di pasaran.
Dalam pembelajaran, alat bantu mengajar adalah penting bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Ia penting bagi mencapai objektif yang ditetapkan supaya pelajar dapat mengaplikasi pembelajaran ke dalam kehidupan. Model lif adalah salah satu alat bantu mengajar yang digunakan dalam subjek robotik. Ia merupakan fokus bagi topik Programmable Logic Control di mana ia digunakan untuk memberi arahan seperti yang diprogramkan. Kaedah ini masih lagi digunakan walaupun terdapat teknologi lain yang standing dengannya. Di dalam pembinaan lif ini juga, pelajar boleh mengaplikasikan pembelajaran AutoCAD yang merupakan subjek yang penting bagi pelajar yang mengikuti kursus Pendidikan Teknologi Rekabentuk Berkomputer.
Oleh itu pembinaan alat bantu mengajar yang diberi nama Crab Lift dibina oleh dengan harga yang murah agar sekolah dan juga institusi pengajian tinggi mampu membelinya untuk dijadikan alat bantu mengajar. Satu aturcara Programmable Logic Control (PLC) telah dibina untul dijadikan panduan kepada guru sebagai jawapan kepada soalan. Dengan adanya alat bantu mengajar ini, di harap pelajar yang mengambil jurusan ataupun subjek robotik di sekolah lebih memahami tentang aturcara yang dijalankan.
Nilai komersial yang ada pada Crab Lift ini adalah yang pertama kosnya lebih murah daripada harga model lif yang sedia ada di pasaran. Kedua dengan kos yang rendah, ia mampu dipasarkan dengan mudah untuk dikomersialkan khasnya kepada Kementerian Pengajian Malaysia untuk kegunaan sekolah dan institusi pengajian tinggi.